Rama-rama adalah seekor binatang yang cukup cantik dan senantiasa di puji oleh stiap orang yang melihatnya kelibatnya di depan mata. Malah ramai yang suka rama-rama, yang puji sifat kecantikannya.Tapi adakah kita sedar dan terfikir hikmah Allah s.w.t mencipta rama-rama ini.Kita selalunya hanya memandang dan memikirkan rama-rama ini hanyalah seekor binatang yang biasa-biasa sahaja.

Sifat kejadian rama-rama ni pada mulanya ianya tidak di pandang kerana sifatnya menjadi seekor beluncas yang selalu merosakkan tanaman. Sewaktu menjadi beluncas adakah kita suka padanya? Sudah tentu jawapan tidak suka. Tetapi apabila telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik sudah semestinya ramai yang menyukainya tidak kira kecil besar tua ataupun muda.Tapi kenapa sewaktu ianya menjadi seekor beluncas ramai yang tidak menyukainya. Adakah kita pernah terfikir akan hal itu. Rasanya ramai yang tidak pernah terfikir akan itu, pernah kah kita terfikir hikmah kejadian rama-rama ini.Rasanya mesti tidak pernah terfikir soal itu. Bagi pihak Admin Lakaran Sakinah rama-rama adalah seekor binatang yang cukup mengambarkan kehidupan manusia di atas muka bumi Allah ni.Pihak Admin ingin berkongsi dan ingin semua pelawat blog ini berfikir tentang hikmah Allah menciptakan rama-rama.

Mari kita renungkan hikmah kejadian rama-rama ini.Pada mula kejadiannya ianya menjadi seekor beluncas yang sudah semestinya kita tidak menyukai akan kehadirannya.Begitu jugalah kita sebagai manusia,kita sebagai manusia mesti pernah melakukan kesalahan dan bila kita melakukan satu kesalah tidak kira kecil ataupun besar, kita tetap akan di anggap salah oleh masyarakat di sekeliling kita, mereka akan lebih memandang satu kesalahan daripada sepuluh kebaikan yang kita lakukan. Bila kita ingin kembali kepada Allah dan bertaubat keranaNya,masyarakat di sekeliling kita tetap tidak akan menerima kita dengan baik sebaliknya akan terus memandang hina kepada kita walaupun kita sudah kembali kejalan Allah. Begitu jugalah sifat beluncas ini.Walaupun kebaikan yang di buatnya tetapi manusia tetap tidak akan menyukainya.Begitu jugalah sifat kita sebagai manusia. Setiap kebaikan yang ingin kita lakukan di atas muka bumi Allah ni pasti ada yang tidak suka dengan perbuatan dan sikap kita ini.Tetapi sifat beluncas, walaupun tidak disukai tetapi dia tetap juga bertahan sehinggalah ianya bertukar menjadi seekor rama-rama. Begitu jugalah kita sebagai manusia. Jikalau kita ingin melakukan kebaikan kepada masyarakat ataupun kembali kejalan Allah ni pasti akan ada halangan dan dugaan. Yang pastinya kita hendaklah terus bertahan dalam membuat kebaikan dan mencari keredhaan Allah ini. Jangan cepat menyerah kalah, teruskan bertahan, pasti suatu hari nanti Allah akan memberi kepada kita satu jalan yang mudah.

Daripada beluncas ianya akan menjadi seekor rama-rama yang cukup cantik. Pada ketika ini pasti ramai yang sudah menyukainya. Begitu jugalah manusia, apabila iman sudah menebal dalam diri, keteguhan dan rasa kasih sayang daripada Allah itu sudah ada dalam diri,rasa takut untuk berbuat dosa yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah, pasti ketika ini kita tidak akan mudah untuk di jatuhkan. Kerana setiap manusia di atas muka bumi ini telah mempunyai musuh yang akan menyerang kita secara batin(tidak nampak melalui zahirnya) iaitu Jin dan Syaitan yang telah pun berjanji kepada Allah untuk menyesatkan kesemua anak cucu Adam sehingga kehari kiamat.Jadi sifat rama-rama ini yang tidak merosakkan tanaman ataupun mematahkan satu-satu tanaman itu sudah cukup mengambarkan kepada kita bahawa dimana sahaja rama-rama ni hinggap ianya tidak akan menjejaskan apa-apa pun. Masih tetap sama seperti sebelum ianya menghinggap dan selepas ianya menghinggap.Dan pastinya ketika ini kita sebagai manusia tidak akan risau akan kehadiran rama-rama ini di halaman rumah kita kerana kita sudahpun tahu akan kesannya. Begitu jugalah kita sebagai manusia. Apabila kita sudah mempunyai iman yang menebal dalam diri, biar dimana pun kita berada, siapa pun orang di sekeliling kita, pasti kita tidak akan mudah jatuh atapun terikut mereka kearah yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. Begitu jugalah sifat rama-rama.

Begitu jugalah dari segi warna yang terdapat pada seekor rama-rama. Tidak kesemua rama-rama mempunyai warna yang sama.Tetapi ianya masih lagi dianggap cantik di hati kita walaupun warnanya berlainan. Begitu jugalah kita sebagai manusia, apabila kita sudah mempunyai sifat yang mulia seperti yang diterangkan tadi, pasti masyarakat di sekeliling kita akan memuji sifat kita,Pihak Admin pernah ditanya, itukan salah satu sifat ingin menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Pihak Admin hanya menjawab, apabila kita sudah mempunyai sifat yang baik, sudah pastinya masyarakat di sekeliling kita akan memuji kita tanpa perlu kita tunjuk akan sifat kita kerana Allah akan menampakkan sifat kita itu kepada masyarakat di sekeliling kita. Pihak Admin ada di tanya lagi,kalaulah seseorang itu hanya melakukan sesuatu itu hanya atas menunjuk-nunjuk, bukankah itu satu sifat tidak ikhlas kepada Allah. Pihak Admin menjawab sesuatu yang baik itu hendaklah di dahulu Allah,kita tidak mengejar dunia tetapi sebaliknya kita lebih mengejar akhirat.Jikalau sesuatu itu dilakukan itu semata-mata kerana Allah dan niat kita melakukan itu semata-mata ingin menjamin kehidupan kita di akhirat kelak, sudah pastinya dunia ini kita akan mendapat secara percuma dari Allah. Dan setiap yang baik yang kita lakukan ini pasti akan menjadi pandangan masyarakat di sekeliling kita, yang penting niat kita melakukan sesuatu itu hanyalah semata-mata kerana Allah.Seperti warna rama-rama ini sudah jelas mengambarkan kepada kita.Bahawa kita sendirilah yang perlu mencorakkan kehidupan kita, jikalau lebih amalan yang kita lakukan kepada allah, maka akan lebih cantiklah sifat peribadi kita seperti seekor rama-rama, kalau kurang amal kita kepada allah, sudah tentu kurang cantiklah sifat peribadi kita itu. Hikmah Allah menjadikan sesuatu binatang ini sebenarnya mempunyai hikmah di dalam kehidupan kita.

Jadilah seperti seekor rama-rama.Biar kita tidak disukai oleh masyarakat di sekeliling kita pada mulanya dan yang penting jangan kita mencari kemurkaan Allah. Allah pasti akan menyukai kita jikalau kita turut akan semua perintahnya. Dan biar apa pun halangan dan dugaan yang datang menguji kita,pastikan kita bertahan, bersabar dan sentiasa bersyukur pada Allah. Kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmah di sebaliknya dan setiap dugaan itu pasti Allah akan membantu dan memberi pertolongan kepada kita.Bila kita sudah mempunyai sifat yang baik,dan iman yang menebal dalam diri, sudah pasti kita tidak akan mudah terpedaya dan terikut dengan godaan daripada syaitan ataupun masyarakat di sekeliling kita.

Yang Penting Jadilah Seperti Rama-Rama Kerana Dimana Ia Berada, Ianya Tetap Akan Disukai Dan Tidak Akan Merosakkan.Hiasi peribadi kerana peribadi yang unggul pasti akan dapat menjadikan kita seorang yang beriman kepada Allah.RENUNG-RENUNGKAN

JAGA DIRI HIASI PERIBADI

WASSALAM

FROM:ADMIN LAKARAN SAKINAH